Nik Aziz dan kronisme

Monday, August 11th, 2008 | Isu semasa, Umum with No Comments »

Pandangan dari penulis popular Kelantan : Ramli Ab Halim

Betulkah Islam benarkan kronisme?

KALAU tokoh-tokoh lain yang kata Islam membenarkan kronisme, pastilah pentas-pentas ceramah Pas akan sarat dengan ulasan dan hujah-hujah memperjahilkan tokoh yang berkata demikian.
Tetapi bila Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas yang katakannya, siapa di kalangan orang Pas yang berani bertanya tentang ‘benar’ atau ”bukannya’ Islam benarkan kronisme, apatah lagi untuk mempertikaikan apa yang dikatakan.
Sebelum timbul isu Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ariff Fahmi Abdul Rahman (dulu antara orang besar dan berpengaruh di Air Kelantan Sdn Bhd) mungkin disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR), kroni dan kronisme dilihat sebagai suatu amalan yang menjijikkan.
Kroni dan kronisme selamat ini dilihat bertentangan dengan Islam dan bersifat amalan mungkar yang kena ditentang habis-habisan. Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mislanya terpaksa lepaskan peluang untuk mengaut kekayaan semata-mata kerana bimbang akan dikaitkan dengan kronisme disebabkan beliau ditakdirkan menjadi menantu perdana menteri.
Khairy yang berahwin dengan Nori Abdullah sebelum Datuk Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri lagi terpaksa melepaskan kepentingan dalam beberapa syarikat apabila beliau berstatu menantu Perdana Menteri walaupun tindakannya melepaskan kepentingan-kepentingan itu mendatangkan kerugian kepada kepentingan Melayu dari sudut pencapaian ekonomi.
Anak lelaki Datuk Seri Abdullah bernama Kamaruddin terpaksa menumpukan perhatian kepada menjalankan perniagaan di luar negara untuk mengelak dari dikaitkan dengan kronisme dan nepotisme jika menjalankan perniagaan dalam negara kerana beliau ditakdirkan menjadi perdana menteri.
Sama ada Khairy (menantu) atau Kamaruddin (anak) kepada Datuk Seri Abdullah, mereka ada ilmu dan ada kepakaran dalam bidang yang diceburi, mereka ada merit. Tetapi setiap kejayaan yang mereka raih sering disyarah dikaitkan dengan amalan kronisme dan nepotisme.
Anak-anak Dr Mahathir juga tidak mendapat banyak peluang untuk menjadi anak Melayu yang berjaya dalam penguasaan ekonomi supaya nantinya dapat membantu anak Melayu lain semata-mata kerana tidak mahu dikaitkan dengan kronisme dan nepotisme walhal mereka ada merit, hadangan yang terpaksa dihadapi kerana mereka ditakdirkan menjadi anak perdana menteri.
Setelah Dr MNahathir tidak lagi jadi perdana menteri, lebih-lebih lagi setelah beliau berhenti dari menjadi ahli Umno barulah soal kronisme dan nepotisme tidak lagi dikaitkan dengannya dan anak-anak, malah barulah keterlibatan anak-anak beliau dalam Umno mula menonjol.
Keadaan itu berlaku kerana selama ini kronisme dan nepotisme dilihat sesuatu yang bertentangan dengan Islam, ditegah oleh agama dan suatu amalan yang bertentangan dengan moral serta boleh menyekat peluang mereka yang lebih layak atau sekurang-kurangnya sama-sama layak.
Bila Dato’ Haji Nik Abdul Aziz kata Islam membenarkan kronisme tentulah ianya memeranjatkan semua pihak. Akan timbul pertanyaan kena dulu tidak boleh sekarang boleh. Mereka yang pakar dalam bidang hukum hakam, terutama para mufti dan majlis fatwa perlu membuat kenyataan mengenainya supaya orang ramai tidak keliru.
Juga perlu diperjelaskan benarkah perlantikan khalifah-khalifah Ar-Rasyidin merupakan amalan kronisme kerana walaupun mereka mertua dan menantu nabi tetapi perlantikan mereka bukan dibuat dengan campurtangan nabi kerana ketika mereka dilantik sebagai khalifah nabi sudah wafat, malah nabi tidak pun menamakan pengganti baginda.
Yang paling penting kena dijelaskan ialah apakah layak dan sepadan soal perlantikkan menantu Menteri Besar Kelantan sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan boleh disamakan dengan perlantikan Khalifah Ar-Rasyidin. Samakah taraf dan status mereka, termasuk dari sudut ilmunya.
Kenapa Khairy, Kamaruddin, Mirzan, Mukhriz dan menantu-mennatu Dr Mahathir dan sebagainya tidak boleh dirujuk kepada perlantikkan Khalfah Ar-Rasyidin sebagai bukti Islam membenarkan kronisme sebagaimana kes menantu Dato’ Haji Nik Abdul Aziz.
Juga kena diperjelaskan apakah Sayyidina Ali bin Abu Talib yang merupakan menantu Rasulullah s.a.w. yakni suami kepada Siti Fatimah yang merupakan puteri kesayangan baginda itu ‘anak saudara’ baginda atau ’sepupu’ baginda. Status ini juga kena diperjelaskan kerana yang menyatakannya itu bukan tokoh sebarangan, apa yang keluar dari mulutnya diterima sebagai betul belaka.
Soalanya macam mana nabi boleh ada anak saudara sedangkan baginda adalah anak tunggal kepada pasangan Abdullah bin Abdul Mutalib dan Aminah bintin Wahab. Anak saudara adalah anak kepada adik beradik. Kalau nak dikatakan pihak media salah tulis, mustahil dalam rakaman media elektronik pun boleh diubah-pinda.
Soal-soal begini nampak kecil, malah memang kecil kalau disebut oleh orang biasa, tetapi bila tokoh sehebat Dato’ Nik Abdul Aziz yang sebut, ianya tidak akan dipandang kecil kerana pengaruhnya besar.

KEMPEN KIBARKAN BENDERA KITA

Sunday, August 10th, 2008 | Umum with No Comments »

LAWAN BENDERA TERBALIK
PENGKHIANAT NEGARA

 

Apa Dah Jadi NI??

Sunday, June 15th, 2008 | Umum with 4 Comments

Lepas sebulan, sebulan lagi aku tak update blog nie. Aduh kenapa hal duniawi kini begitu sibuk bagi aku. Dulu semasa bergelar siswa, bnyak masa yg aku boleh berikan kepada dunia maya aku nie. Mungkin aku kekurangan disiplin. Apa yg aku perlu buat sekarang nie. Ade sapa2 boleh bagi cadangan untuk aku lebih senang atau lebih rajin nak mengupdate blog ni.

Dinzz,

Aku akan kembali

Friday, May 2nd, 2008 | Aku with No Comments »

Maaf aku ucapkan kepada pengunjung blog ini yang sekian lama mendapati blog aku nie dah tak diupdate dengan selalu nya.. aku terlalu sibuk melayan hal dunia. Dengan PSM aku yang sudah selesai dan final exam yang dah berlalu. Aku kira mungkin aku boleh kembali aktif untuk berblog. 4 tahun pengajian aku di UTHM telah selesai, kini yang cume tiggal hanylah Latihan Industri. Aku akan mulakan latihan aku isnin ini. Diamana?? hahha di Yamaha ELectronic. Apa la yang aku bakal hadapi di sana nnti. entah la. Aku malas hendak fikirkan tentang nya. Tak sabar nak konvo dah nie.. hehe.

Mari Boikot Belanda

Sunday, March 30th, 2008 | Umum with 4 Comments

Filem Fitna mencabar hati setiap umat Islam di seluruh dunia. Mesej yang disampaikan melalui tayangan video selama 15 minit itu menggambarkan Islam yang sebaliknya. Malang sekali mereka tidak beroleh kesempatan melihat Islam itu dengan lebih luas yang menyajikan keamanan, kecintaan dan kasih sayang sesama manusia dan kepada Yang Maha Pencipta. Hati apabila telah dibutakan dan sesat ditambah lagi dengan kesesatan yang tak berkesudahan menjadikan hati itu terus tandus dan mati daripada memperoleh kebenaran hakiki.

Mereka hanya melihat persengketaan yang dilakukan tanpa menoleh apakah yang menyebabkan persengketaan itu berlaku ataupun siapakah dalang ataupun syaitan besar yang memberi punca keganasan itu berlaku. Dan perjuangan untuk menuntut hak dan mempertahankan kesucian agama selalu dimanipulasi dan dijadikan natijah kepada keganasan yang berlaku seluruh dunia dan mensasarkan Islam sebagai satu imej keganasan. Ini adalah satu fitnah terbesar!… Dan dengan kuasa yang ada mengikut kemampuan masing-masing, orang ramai boleh bertindak menghukum mereka yang mahu merosakkan Islam ini dengan sekurang-kurangnya mengabaikan apa jua khidmat atau barang-barang yang mereka keluarkan atas satu protes atau hukuman di atas keterlanjuran mereka.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengecam tindakan seorang ahli perundangan Belanda yang menerbitkan sebuah filem anti-Islam, Fitna, yang disiarkan di Internet. Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web Liveleak.com pada 27 Mac, mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris. Terlalu hinakah islam dimata mereka ini sehingga melebel Islam sebegitu. Aku tidak mahu bercerita panjang dengan ini entry baru aku setelah sekian lama sepi. Peliknya kerajaan Belanda sendiri memberi sokongan kepada satu lagi bentuk penghinaan terhadap Islam. Semoga Allah membuka pintu hidayah kepada mereka ini agar dapat melihat Islam dengan lebih adil dan saksama.

Melayu Says

Monday, March 17th, 2008 | Umum with 10 Comments

AnaK KeCIL MaiN Api
TeRbaKar HatINya YanG SePi
AiRmAtA DaRaH BerCamPUr KeRinGaT
BuMI DiPiJaK MiLIk OrAng

NeNEK MoYanG KAya RaYa
TerGaDAi SeLurUh HaRTa BenDa
AkIBat SenGKeTa SeSaMaLaH KitA
CiNtA LeNyaP Di ArUs ZaMan

InDaHNya BuMi KItA Ini
WaRiSaN BeRkuRuN LaMaNya
HaSIL MenGaLiR Ke TAnGaN YaNg LaIn
PRiBuMi MeriNTih SeNdiRi

MaSa DePaN SuNggUh KeLAm
Kan LeNyAp PeRiStIwA SemALam
TerTUtuPLaH HatI TerKuNcI MatI
MaRuAh PEriBaDi DaH HiLanG

KiNi KiTa CuMa TinggAL KuAsa
YaNg AkaN MeNEntuKAn BanGsa
BErSaTuLaH HaTi BeRsAmA BeRBaKTI
PUliH KemBAli HaRGa DiRI

Ir. Mohamad Nizar MB baru Perak.

Thursday, March 13th, 2008 | Umum with 8 Comments

ir_mohamad_nizar.jpg

photo credit to MENJ

Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin kini sah dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak. Seperti apa yang aku sangka dan diwarwarkan selama ini beliau tetap akan menjadi Menteri Besar Perak yang baru. Sultan Azlan Shah melalui pemangkunya telah memperkenaankan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang baru dan majlis angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar jam 4.00 petang esok.Beliau merupakan seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi. Berikut ialah sedikit biodata yang aku dapat cari. Sori kurang information skit, Kurang sumber mengenai beliau.

Biodata
Ir Mohamad Nizar memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School(ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.

Beliau dan isteri Fatimah Taat, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan. Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu’tah di Jordan manakala dua lagi anaknya merupakan Hafiz Quran yang menuntut di Lubnan dan Syria.

Kerjaya
Ir Mohamad Nizar Jamaludin merupakan seorang jurutera Perunding (Mekanikal - Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator). Beliau merupakan lulusan Bachelor Sains (BSc. Mechanial Engineering).

Politik
Beliau merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menyertai parti tersebut pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz. Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

p/s: Bagaimana agak2 ok tak MB baru nie?

Siapa Bakal Menteri Besar Perak?

Wednesday, March 12th, 2008 | Umum with 7 Comments

dscn3534.JPG

Mahligai indah Kerajaan Negeri Perak, Siapa bakal menghuni bilik utama nya?

Selepas kerajaan Pas-Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, DAP-PKR di Pulau Pinang dan PKR-DAP-Pas di Selangor berupaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah serta menamakan bakal Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing, pakatan pembangkang di Perak bagaikan tidak sekata. Dilema pemilih MB baru Perak muncul. Siapa yang layak atau siapa yang benar2 layak. Walaupun Perak adalah negeri yang majoriti berbangsa Melayu, tetapi DAP memperoleh kerusi DUN paling banyak iaitu 18, diikuti PKR (tujuh) dan Pas (enam) dengan jumlah 31 kerusi, berbanding BN 28 kerusi.

Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, hanya Melayu beragama Islam boleh dilantik menjadi Menteri Besar. Ini bermakna, peluang calon DAP menjadi Menteri Besar agak sukar meskipun memperoleh kerusi terbanyak di kalangan pembangkang. Tiada seorang pun wakil dalam DAP diwakili oleh orang Melayu dan beragama Islam. Penyampaikan permuafakatan tiga parti menubuhkan kerajaan campuran dan senarai nama calon jawatan Menteri Besar telah diserahkan kepada Pamangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Katanya ketiga2 parti bersetuju untuk menerima siapa saja yang dipilih oleh istana bagi mengetuai kerajaan campuran berkenaan. Bagaimanapun Seksyen 12(2) perlembagaan itu menyatakan Sultan Perak mempunyai hak mengenepikan salah satu syarat berkenaan atau kedua-duanya sekali berdasarkan pertimbangan Baginda.

Ini juga bermakna, calon DAP masih boleh menyandang jawatan Menteri Besar tetapi bergantung kepada budi bicara Sultan Perak. Tetapi perkara ini aku rasakan mustahil. Perak adalah negeri yang masih dinaungi sultan, dan majoroti penduduk adalah berbangsa Melayu Islam. Aku tidak fikir Sultan sanggup membiarkan negeri naungan nya ditakbir dan diperintah oleh golongan monoriti walaupun beliau juga rakyat negeri Perak. Desas-desus mengatakan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas akan mengisi kekosongan itu namun kalau mengikut Lim Kit Siang beliau mahukan wakil dari DAP juga. Sekarang aku sedikit musykil, jika Menteri besar yang bakal dipilih mengikut undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak. Agaknya bagaimana respons Kit Siang dan ahli2 DAP? atau perkara sebaliknya akan berlaku kerana sehingga saat ini DAP masih menafikan Nizar sebagai calon MB.

Atau Perlukah parti2 dibawah BA ini disatukan sahaja, Seperti cadangan saudara Aidil Azhar . Gabungkan semua menjadi “Parti Demokratik Rakyat” atau “Barisan Rakyat”. Tetapi mungkinkah 3 parti yang mempunyai latarbelakang dan sejarah penubuhan juga matlamat dan aspirasi yang berbeza-beza boleh membentuk kerajaan dibawah seorang ketua?

Dipetik kata-kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS

“Kalau calon DAP dipilih (sebagai Menteri Besar), Pas akan sokong calon DAP. Kalau calon PKR dipilih, Pas akan sokong calon PKR. Kalau Pas dipilih, saya berharap semua rakan-rakan juga boleh sokong calon Pas kerana kerajaan yang kita bentuk bukan kerajaan Pas tetapi kerajaan Barisan Alternatif (BA) dan kita dalam proses mempercepatkan formaliti pembentukan BA.”

Mungkin sekarang bukan lagi isu prinsip dan pegangan yang menjadi ukuran dan nilaian tetapi masa depan negara yang menjadi isu dan perhatian. Bagi aku sekarang walau siapa pun Menteri Besar yang bakal dipilih, jgan lah biarkan sahaja sensitiviti rakyat dibiarkan dan yang penting kebajikan rakyat terjaga.

Kemana Hala Tuju Malaysia Selepas Pilihanraya?

Tuesday, March 11th, 2008 | Umum with 2 Comments

malaysia_flag.png

Tajuk entry aku kali ini ialah ‘Kemana Hala Tuju Malaysia Selepas Pilihanraya?’, aku sebenarnya masih tertunggu bila Pak Lah mahu berucap pada awam meyampaikan bagaimana hala tuju Negara selepas ini. Kalah atau menang sudah lepas, sekarang ini bagaimana Pak Lah hendak mencorak kabinet nya dan pentadbiran negara. Terlalu bnyak persoalan yang aku rasakan aku sendiri tak mampu nak jawab. Mungkin aku perlu keluarkan teori bodoh mungkin, haha. Setiap masa, sekarang ini baik dikedai kopi atau dalam kuliah, mahupun dalam bilik tidur. Hanya politik yang dibincangkan. Agak kagum aku melihat nya. Sampaikan anak muda yang lebih suka berhibur dan bersuka ria pun telah tahu hal ehwal politik negara. Satu petanda bahawa masyarakat telah mula pandai menilai dan memahami politik. Walau apapun Pilihanraya merupakan satu ujian yang penting bagi semua pemimpin politik negara kita. Samaada mereka menang atau kalah, perjalanan Negara tetap diteruskan. Bagi aku bnyak persoalan lagi perlu dijawab, Apakah mesej yang dibawa dalam keputusan pilihanraya ini? Apakah makna kemenangan di dalam pilihanraya kepada Barisan Nasional, KeADILan, PAS dan DAP? Siapakah yang paling mendapat manfaat daripada pilihanraya ini? Aku rasa takde sapa ade jawapan nya, apa yang ada adalah masa dan Rakyat adalah penilai. Maka nilai lah sendiri…

Pembangkang Menang di 5 negeri

Sunday, March 9th, 2008 | Umum with 22 Comments

iklan_bangkit-frame-2.jpg

Pakatan pembangkang yang mahu membawa ideologi perubahan dalam pentadbiran Malaysia nampak nya telah mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah di 5 negeri. Kejayaan yang agak mengejutkan Dimana 5 negeri Kelantan, Kedah, Penang, Perak dan selangor berjaya dimenangi pembangkang. Mungkin inliah yang dimaksud kan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rakyat sudah cukup meluat dengan dakyah2 dan sistem pentadbiran kerajaan yang kotor. Satu perubahan yang cukup redikal telah dipilih oleh rakyat. Untuk 5 tahun ini kita lihat bagaimana parti DAP, PAS dan PKR memerintah. Mungkin satu perubahan atau mungkin lain. Yang menang aku harap akan dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Yang kalah cuba lagi.. hehehe. Apala nasib org kg aku Perak nu, kalau lah DAP yang memerintah. Jagn la habis tergadai tanah orng2 Melayu bg kat cina. Aku harap Menteri Besar baru adalah dari PAS.

p/s= Tidurlah lagi Pak Lah. Inilah kebangkitan rakyat yang paling hebat.

Senarai rasmi keputusan pilihan raya ke-12
Parlimen

BN : 137
BA : 82 - (PAS-23),(KeADILan-31), (DAP-28)
Jumlah kerusi : 222

* Sabah dan Sarawak masih terdapat 3 kerusi yang masih belum membuang undi.

Dewan Undangan Negeri (Dun)

*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15
*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36
*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45
*Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32
*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40
*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59
*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42
*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36
*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28
*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56

FireStats icon Powered by FireStats